Sunday, April 22, 2012

Siapa Aku..?? (part 2)

Assalammualaikum

ini adalah sambungan dari post yang pagi tadi punya.. (sebab aku lupa nak cerita mana tempat tinggal aku.. huhu) aku dilahirkan di Johor Darul Takzim, di daerah Kluang iaitu kawasan tengah Johor.. (p/s : Johor bukan Johor Bahru@J.B ok..) ni haa peta yang aku dapat ambil dari pak cik Google Maps..

(tak payah nak klik dan scroll, ni screenshot je.. huhu)

kat sini pada mulanya aku dilahirkan, aku tinggal kat Taman Ilham.. kat situlaa aku membesar, bermain dengan anak-anak jiran@kawan-kawan, jatuh dalam longkang, (huhu..)  bersekolah tadika Pasti dan Tadika Kemas, belajar naik basikal dan macam-macam lagi laa sebelum mak dan ayah aku berpindah membuka perniagaan di Taman Matahari dan akhirnya sekarang aku menetap di Taman Purnama dikelilingi jiran-jiran Cina dan India yang peramah.. (p/s: lorong tempat aku tinggal memang keluarga aku seorang je melayu.. lot bumiputera laa katakan.. tapi katanya akan ada lagi satu keluarga melayu nak berpindah ke situ..)  

pada tahun 1999- 2004, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 3.. (Darjah 1 apa x ingat dah.. huhu) macam-macam kenangan manis dan pahit aku kat sini dan dari sini laa aku belajar untuk berdiam diri kalau tak tau disebabkan satu kes nii.. huhu.. ni gambar SKBT.. 

( logo dia yang kat tengah bahagian atas tu)

dan pada 2005-2009 ni laa pulak sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara atau ringkasan dye Stabk.. (sebelah je sekolah Batu 3 nii... huhu..) kat sini lagi macam-macam jadi kat aku.. nantilaa kalau rajin aku cerita.. huhu... ni gambar STABK..

(kalau tak silap, sekolah aku ni pernah menang Johan Sekolah Dalam Taman Negeri Johor  suatu ketika dulu.. ada orang gitau laa.. tapi kalau masuk pun, memang banyak pokok kiri kanan.. hehe..)

ok.. buat masa ni.. itu je dulu sebab aku dah letih n nak tido jap.. huhu... ada masa nanti aku akan sambung.. (sekarang baru aku tau kenapa banyak blog terbengkalai.. hahaha..)

~ aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu di dua sekolah nii yang dah banyak mengajar aku untuk menjadi seorang manusia.. tanpamu cikgu, siapalah aku hari ni.. kalau ada salah dan silap, terbohong terkasar bahasa, terponteng kelas, maafkanlah pelajarmu ini.. Ya ALLAH, Kau berkatilah kehidupan cikgu-cikgu yang pernah mengajarku.. Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment