Wednesday, April 25, 2012

Kursus Faraid Sebulan..

Assalammualaikum

Maka tersebutlah kisah pada jam 2.30 petang bersamaan tarikh 24 April 2012 yang bersamaan dengan hari ini, maka termeterailah janji rimba bara  kursus Faraid selama sebulan yang akan berlangsung sampai bulan depan... mula-mula aku rasa happy gilerlaa sbb dapat join kursus faraid ni dengan harapan untuk memantapkan lagi ilmu faraid yang ada, tetapi, syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syeikh Ali Akbar iaitu lecturer aku telah membuatkan aku terkesima kejap.. huhuhu....

Syarat-Syarat Kursus Faraid:

1. Kedatangan haruslah melebihi 80% iaitu mestilah tidak lebih 5 hari tak datang /ponteng kelas. banyak hari tak datang, anda disingkirkan.. huhu..
~ insyaALLAH aku dah istiqamah nak ikut kursus nii, jadi aku akan laksanakan... huhuhu...

2. jangan tiba di kelas setelah lima belas minit kelas dijalankan. Nescaya kedatangan anda hanya sia-sia.. hehehe..
~Alhamdulillah setakat ni aku tepat masa.. tak mainlaa janji melayu.. huhuhu..


3. Setiap 10 (sepuluh) hari, peperiksaan akan dijalankan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap subjek faraid yang diajar, (ni ok lagi nii.. hehe) dan barangsiapa yang tidak mendapat 70% ke atas markah mana-mana ujian hatta ujian yang pertama, maka  secara automatiknya anda akan tersingkir dari kursus tersebut.. (gulp..soramnye den dongau.. huhuu..)
~ errr... aku xnak komen pape... huhuhu..ke'excited'an aku terus luntur... hehe...

dan sekiranya lepas hingga ke peringkat akhir, Sijil Faraid yang disahkan beliau dan pihak kolej akan diberikan.. hmm.. (apakah dapat aku mengenggam sijil itu..?? InsyaALLAH..) aku faham sebenarnya kenapa ustaz buat macam ni.. nak tengok pelajar dia fokus n rajin mengulangkaji sebenarnya sebab faraid nii walau ada sesetengah orang kata senang sangat, tapi jika di dunia realiti anda tersilap memberi, anda menanggung dosa... haa... padan muka... huhuhu... 


selain itu, ustaz juga ada menyatakan, dia buat macam ni kerana hendak menyamai cara beliau dahulu belajar secara bertalaqqi dengan gurunya ketika belajar di dalam bidang Dakwah Islamiah di Syria. dia menceritakan pengalamannya yang pada mulanya beliau ingin mendapatkan sijil talaqqi hafazan Al-Quran dari seorang syeikh di sebuah masjid yang kira-kira hampir 40 minit perjalanan dengan berjalan kaki.. namun katanya, kerana tak kuat atau kurang bersungguh-sungguh (ni beliau yang cakap ye..) beliau gagal untuk menghabiskan kelas beliau.. namun beliau tidak berputus asa dan masih ingin memiliki sijil belajar secara talaqqi daripada mana-mana syeikh di Syria.. dan akhirnya satu hari beliau terdengar di satu kampung terdapat syeikh yang mengajar secara talaqqi subjek Fiqh dan Faraid di sebuah masjid.. beliau berusaha mendapatkan maklumat tentang keberadaan tempat tersebut... beliau memilih untuk belajar Faraid..

Setelah mendapatkan maklumat tentang tempat tersebut, beliau bertolak ke sana.. perjalanan dengan menaiki dua buah kereta sewa dan selama satu jam setengah membawanya bertemu dengan seorang guru iaitu Syeikh Abduh Al Humsi (jika saya tak silap) di sebuah masjid.. beliau pun belajar ilmu faraid dengan syeikh tersebut.. namun kerana beliau berada di tahun akhir pengajiannya, dan kelas hanya diadakan seminggu sekali beliau meminta kepada syeikh tersebut agar dapat belajar dengan lebih cepat, dan beliau dihantar kepada anak murid syeikh tersebut di sebuah perkampungan yang jaraknya 20-30 minit dari tempat yang pertama.. akhirnya beliau berjaya mendapatkan sijil Faraid yang diperakui Syeikh Abduh Al Humsi dan Kementerian Agama Syria...

Satu pengorbanan yang cukup banyak untuk menuntut Ilmu dan akhirnya beliau mendapatkan sijil itu yang merupakan juga tauliah untuk beliau mengajar ilmu faraid kepada orang lain.. dan untuk menunaikan amanah gurunya itu, beliau mengadakan kursus faraid ini mungkin juga dengan berharapan akan berjumpa perantisnya dalam bidang faraid di kalangan pelajar kolej ini...


Rasulullah s.a.w. juga  sangat menggalakkan kita mempelajari ilmu faraid. Al-Hakim meriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia; dan pelajarilah faraid serta ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah, sehingga dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, dan tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara keduanya."
Ibnu Majah dan Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : "Wahai Abu Hurairah, pelajarilah faraid dan ajarkanlah ia (kepada orang lain). Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku."

~ Cerita mengenai Ustaz Ali itu telah diedit sedikit kerana terlalu panjang.. huhu.. tapi mendengarkan cerita beliau sangat-sangat mengujakan..( jika dengar dari mulutnya sendiri laa.. hehe..) Dan Mohamad Hazim, moga berjaya menghabiskan kursus Faraid sebulan anda.. Amin Ya Rabbal Alamin.. (huhuhu..)

No comments:

Post a Comment