Tuesday, September 4, 2012

Sudah Nasibku Mat Burger....

Assalammualaikum...

bersawang gile dah blog nii kena tinggal.. huhu... abes sibuk je memanjang, selain aku belum rasa nak serius lagi berblogging.. (masih layan muka buku..) hehehe.. aku sebenarnya arini tak naklaa bebel banyak-banyak.. start petang tadi saje je blogwalking, tibe-tibe terasa pulak macam nak baca cerita Ustaz Khalil@ Kadi Kluang yang bertajuk sudah nasibku mat burger... baca first episod, mcm best, baca second episod, pergghh... memang best wa cakap sama lu... huhu... dalam beberapa jam je aku dah abeskan sampai 72 episod... hehe.. tapi, cerita ni yang buat tambah suspend tu publish dia cuma sebulan sekali je.. huhu.. sabo jelaa banyak-banyak.. hehe.. so0o, kita enjoy... hehe..

jom baca kat sini k... >>> Kadi Kluang : Sudah Nasibku Mat Burger...



# pesanan to ustaz: jangan lupa update cerita tu ustaz... i'm waiting.. hehe

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan 2012/ 6 Ramadhan 1433 H

Assalammualaikum..

lama dah kena tinggal blog nii.. maklumlah sibuk dengan tugasan sebagai pelajar tahun akhir, memang xsompat den nak update bondo alah nii... sedar xsedar dah masuk 6 Ramadhan dah pun.. sbelum ni risau bulan puasa nak masuk, skrg tiba2 dah puasa dah.. karang sedar xsedar, dah nak raya dah pun.. huhu..

dan dalam 2 minggu nii aq sibuk sket laa uruskan "budak kecik" 2 pindah umah baru.. untunglaa dpt duduk umah sewa.. huhu.. lega semua benda dah settle. pasni saya dah xde kat kuala lumpur ni, awak pandai2laa jaga diri tau.. cuma semangat saya je akan sntiasa ada pada awak... ^_^

dah2, xbaek berjiwang tengah hari buta nii (dah pukul 3 ptg dah pun..lg 4 jam 30 minit nak berbuka.. huhuu..).. dah masuk bulan puasa ni macam biasalaa, macam-macam makanan ada kat k.l nii.. tp taun nii, xde ape pun yang menarik minat aq. taun lepas semua dah rasa.. huhu.. teringin nak makan masakan mak kot.. huhu.. bazar yang selalu aq pergi pun kat pandan jaya sebab tempat tu paling dekat.. ingat nak pegi bazar desa pandan, tapi tak berkesempatan lagi...

Bazar Ramadhan Desa Pandan

dan bercakap pasal makanan kegemaran time bulan puasa plak.. taun lepas aq kempunan gila nak cari nasi ambeng@ambang, nasib baik jumpa kat Bazar Bangi, kalau x, memang mak aq laa kena masakkan.. hehe..
tapi taun nii, aq rasa xde pape yang aq nak makan sebab semua dah rasa.. (xlaa semua.. huhu..)  

Nasi Ambang@Ambeng (satu2nya laa makanan satu nama yang memang banyak lauk lagi2 style jawa, memang penuh dalam dulang.. hehe..)

haish.. meleleh air liur tengok.. hahaha... arini xtau laa nak beli apa time buka, malas nak pegi jauh2, g kedai melayu bawah ni pun cukuplaa... ok laa, apa pun, aq nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan walaupun dah hari ke-6.. hehe... selamat berbuka n selamat menyambut hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin.. hehe.. (saje wish awal2... huhuhu..)

Saturday, April 28, 2012

Malunyeee....

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling. Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya. Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya. Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya... Ya... Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi. "Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul- betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur "Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?" "Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna..


#kan dah malu... hehehe...

Wednesday, April 25, 2012

Kursus Faraid Sebulan..

Assalammualaikum

Maka tersebutlah kisah pada jam 2.30 petang bersamaan tarikh 24 April 2012 yang bersamaan dengan hari ini, maka termeterailah janji rimba bara  kursus Faraid selama sebulan yang akan berlangsung sampai bulan depan... mula-mula aku rasa happy gilerlaa sbb dapat join kursus faraid ni dengan harapan untuk memantapkan lagi ilmu faraid yang ada, tetapi, syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syeikh Ali Akbar iaitu lecturer aku telah membuatkan aku terkesima kejap.. huhuhu....

Syarat-Syarat Kursus Faraid:

1. Kedatangan haruslah melebihi 80% iaitu mestilah tidak lebih 5 hari tak datang /ponteng kelas. banyak hari tak datang, anda disingkirkan.. huhu..
~ insyaALLAH aku dah istiqamah nak ikut kursus nii, jadi aku akan laksanakan... huhuhu...

2. jangan tiba di kelas setelah lima belas minit kelas dijalankan. Nescaya kedatangan anda hanya sia-sia.. hehehe..
~Alhamdulillah setakat ni aku tepat masa.. tak mainlaa janji melayu.. huhuhu..


3. Setiap 10 (sepuluh) hari, peperiksaan akan dijalankan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap subjek faraid yang diajar, (ni ok lagi nii.. hehe) dan barangsiapa yang tidak mendapat 70% ke atas markah mana-mana ujian hatta ujian yang pertama, maka  secara automatiknya anda akan tersingkir dari kursus tersebut.. (gulp..soramnye den dongau.. huhuu..)
~ errr... aku xnak komen pape... huhuhu..ke'excited'an aku terus luntur... hehe...

dan sekiranya lepas hingga ke peringkat akhir, Sijil Faraid yang disahkan beliau dan pihak kolej akan diberikan.. hmm.. (apakah dapat aku mengenggam sijil itu..?? InsyaALLAH..) aku faham sebenarnya kenapa ustaz buat macam ni.. nak tengok pelajar dia fokus n rajin mengulangkaji sebenarnya sebab faraid nii walau ada sesetengah orang kata senang sangat, tapi jika di dunia realiti anda tersilap memberi, anda menanggung dosa... haa... padan muka... huhuhu... 


selain itu, ustaz juga ada menyatakan, dia buat macam ni kerana hendak menyamai cara beliau dahulu belajar secara bertalaqqi dengan gurunya ketika belajar di dalam bidang Dakwah Islamiah di Syria. dia menceritakan pengalamannya yang pada mulanya beliau ingin mendapatkan sijil talaqqi hafazan Al-Quran dari seorang syeikh di sebuah masjid yang kira-kira hampir 40 minit perjalanan dengan berjalan kaki.. namun katanya, kerana tak kuat atau kurang bersungguh-sungguh (ni beliau yang cakap ye..) beliau gagal untuk menghabiskan kelas beliau.. namun beliau tidak berputus asa dan masih ingin memiliki sijil belajar secara talaqqi daripada mana-mana syeikh di Syria.. dan akhirnya satu hari beliau terdengar di satu kampung terdapat syeikh yang mengajar secara talaqqi subjek Fiqh dan Faraid di sebuah masjid.. beliau berusaha mendapatkan maklumat tentang keberadaan tempat tersebut... beliau memilih untuk belajar Faraid..

Setelah mendapatkan maklumat tentang tempat tersebut, beliau bertolak ke sana.. perjalanan dengan menaiki dua buah kereta sewa dan selama satu jam setengah membawanya bertemu dengan seorang guru iaitu Syeikh Abduh Al Humsi (jika saya tak silap) di sebuah masjid.. beliau pun belajar ilmu faraid dengan syeikh tersebut.. namun kerana beliau berada di tahun akhir pengajiannya, dan kelas hanya diadakan seminggu sekali beliau meminta kepada syeikh tersebut agar dapat belajar dengan lebih cepat, dan beliau dihantar kepada anak murid syeikh tersebut di sebuah perkampungan yang jaraknya 20-30 minit dari tempat yang pertama.. akhirnya beliau berjaya mendapatkan sijil Faraid yang diperakui Syeikh Abduh Al Humsi dan Kementerian Agama Syria...

Satu pengorbanan yang cukup banyak untuk menuntut Ilmu dan akhirnya beliau mendapatkan sijil itu yang merupakan juga tauliah untuk beliau mengajar ilmu faraid kepada orang lain.. dan untuk menunaikan amanah gurunya itu, beliau mengadakan kursus faraid ini mungkin juga dengan berharapan akan berjumpa perantisnya dalam bidang faraid di kalangan pelajar kolej ini...


Rasulullah s.a.w. juga  sangat menggalakkan kita mempelajari ilmu faraid. Al-Hakim meriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia; dan pelajarilah faraid serta ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah, sehingga dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, dan tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara keduanya."
Ibnu Majah dan Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : "Wahai Abu Hurairah, pelajarilah faraid dan ajarkanlah ia (kepada orang lain). Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku."

~ Cerita mengenai Ustaz Ali itu telah diedit sedikit kerana terlalu panjang.. huhu.. tapi mendengarkan cerita beliau sangat-sangat mengujakan..( jika dengar dari mulutnya sendiri laa.. hehe..) Dan Mohamad Hazim, moga berjaya menghabiskan kursus Faraid sebulan anda.. Amin Ya Rabbal Alamin.. (huhuhu..)

Monday, April 23, 2012

WorDleSs mOnDaY

Maafkan Sekali Lagi..

Maafkanlah sekali lagi
Bukan ingin kusakiti
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Kumohon sekali ini
Teruslah merajai hati ini...
Maafkanlah sekali lagi
Tak ingin kuakhiri
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Mohon sekali ini
Teruslah bertakhta di hati ini..
Maaf… Maaf… Maaf…
Petikan Lirik Andrians Band - Maafkan Sekali lagi.

~~ maafkan saya sebab selalu pentingkan diri dan tidak memahami awak.. kadang-kadang saya cuma nak yang terbaik untuk awak, tapi mungkin cara saya silap.. maafkan saya sekali lagi.. +_+

Sunday, April 22, 2012

Siapa Aku..?? (part 2)

Assalammualaikum

ini adalah sambungan dari post yang pagi tadi punya.. (sebab aku lupa nak cerita mana tempat tinggal aku.. huhu) aku dilahirkan di Johor Darul Takzim, di daerah Kluang iaitu kawasan tengah Johor.. (p/s : Johor bukan Johor Bahru@J.B ok..) ni haa peta yang aku dapat ambil dari pak cik Google Maps..

(tak payah nak klik dan scroll, ni screenshot je.. huhu)

kat sini pada mulanya aku dilahirkan, aku tinggal kat Taman Ilham.. kat situlaa aku membesar, bermain dengan anak-anak jiran@kawan-kawan, jatuh dalam longkang, (huhu..)  bersekolah tadika Pasti dan Tadika Kemas, belajar naik basikal dan macam-macam lagi laa sebelum mak dan ayah aku berpindah membuka perniagaan di Taman Matahari dan akhirnya sekarang aku menetap di Taman Purnama dikelilingi jiran-jiran Cina dan India yang peramah.. (p/s: lorong tempat aku tinggal memang keluarga aku seorang je melayu.. lot bumiputera laa katakan.. tapi katanya akan ada lagi satu keluarga melayu nak berpindah ke situ..)  

pada tahun 1999- 2004, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 3.. (Darjah 1 apa x ingat dah.. huhu) macam-macam kenangan manis dan pahit aku kat sini dan dari sini laa aku belajar untuk berdiam diri kalau tak tau disebabkan satu kes nii.. huhu.. ni gambar SKBT.. 

( logo dia yang kat tengah bahagian atas tu)

dan pada 2005-2009 ni laa pulak sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara atau ringkasan dye Stabk.. (sebelah je sekolah Batu 3 nii... huhu..) kat sini lagi macam-macam jadi kat aku.. nantilaa kalau rajin aku cerita.. huhu... ni gambar STABK..

(kalau tak silap, sekolah aku ni pernah menang Johan Sekolah Dalam Taman Negeri Johor  suatu ketika dulu.. ada orang gitau laa.. tapi kalau masuk pun, memang banyak pokok kiri kanan.. hehe..)

ok.. buat masa ni.. itu je dulu sebab aku dah letih n nak tido jap.. huhu... ada masa nanti aku akan sambung.. (sekarang baru aku tau kenapa banyak blog terbengkalai.. hahaha..)

~ aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu di dua sekolah nii yang dah banyak mengajar aku untuk menjadi seorang manusia.. tanpamu cikgu, siapalah aku hari ni.. kalau ada salah dan silap, terbohong terkasar bahasa, terponteng kelas, maafkanlah pelajarmu ini.. Ya ALLAH, Kau berkatilah kehidupan cikgu-cikgu yang pernah mengajarku.. Amin Ya Rabbal Alamin...